Back to News & Updates

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2025.

Dengan penuh rasa hormat dan takzim, menjunjung kasih di atas kebijaksanaan DYMM Tuanku dalam memerintah negeri serta menaungi kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian yang berpanjangan kepada Negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian rakyat jelata.

Semoga DYMM Tuanku dan DYMM Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, serta keluarga dan seluruh kerabat diraja, sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, dilimpahi nikmat kesejahteraan, keimanan dan keberkatan untuk bertakhta di singgahsana sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan dan jajahan takluknya.

Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.

Sembah takzim daripada,
Pengurusan dan Seluruh Warga Kerja Terra Mineral Lab Sdn Bhd (TML)

Share this update

More News & Updates

Request a Quote

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.